Percubaan Menghargai Diri Sendiri

Percaya atau tidak, aku ini sebenarnya jenis yang teramat sayangkan diri sendiri. Aku sangat menghargai diri aku sendiri. Aku terlampau suka cari keistimewaan diri aku sendiri. Pelik.

Mungkin akan ada yang perasan dan mula membuat spekulasi yang aku ini orangnya bercakap besar tentang diri sendiri atau jenis yang suka menunjuk kelebihan diri. Walhal aku sendiri percaya bahawa aku tidak berniat begitu. Bagi aku, aku lebih selesa menyebarkan segala positive vibes yang ada pada diri aku untuk disebarkan ke orang sekeliling. Salah satunya dengan menceritakan apa kejayaan atau pencapaian diri aku yang boleh aku beri sebagai contoh. Bermakna, aku berasa lebih dekat dengan setiap jalan cerita yang aku sampaikan sebab ianya berlaku pada diri aku sendiri. "Ambil contoh yang paling dekat", kata orang.


Aku juga sejenis yang kerap membelek-belek gambar-gambar di akaun Instagram aku sendiri. Scroll semua gambar-gambar yang lepas-lepas demi memuaskan hati sendiri. Terasa puas bila melihat kembali momen-momen yang aku cipta untuk diri aku, yang mana dikebanyakkan gambar-gambar itu hanyalah gambar-gambar yang memperlihatkan yang manis-manis dan yang baik-baik semata. Aku suka bercakap dengan diri sendiri - aku akan belek gambar diri aku, sentuh skrin (di bahagian muka aku, misalnya) dan bercakap pada 'Syuhada di masa lampau' dengan ayat-ayat seperti "Kasihan kau, Syuhada. Kau mesti sudah terlalu penat..." atau "Terima kasih, Syuhada di masa lampau. Kerana kau, aku jadi diri aku yang sekarang."

Nampak? Inilah cara aku menghargai diri aku, menyayangi diri aku, menghormati keistimewaan yang ada pada diri aku. Ibarat, kalau tidak ada Syuhada di masa lampau yang sudah bersusah-payah untuk hidup, tidak adalah Syuhada yang sekarang. Faham, kan?

Hahah. Abaikan.

*Oh ya, aku juga jenis yang kerap merindui diri sendiri :')

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Cari

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.