Denial

2018 cuma tahun yang biasa-biasa. Sama seperti tahun terdahulu. Sejak dua tiga tahun lepas, aku sudah tidak pernah berharap apa-apa setiap kali kalendar bertukar tahun. Aku tidak lagi meletakkan sebarang harapan kepada hari-hari baru. Melainkan kebaikan-kebaikan yang ingin Allah kirimkan untuk keluarga aku. Pagi ini, perbualan dengan Kak D di ruangan sembang Telegram membawa dia kepada sebuah soalan yang aku tidak ada perasaan untuk menjawabnya.

"Bilalah adik akak sorang ni nak kena booking?" Selepas dia bercerita tentang sahabat kami, S, yang telah didatangi keluarga belah lelaki untuk menghantar 'tanda'.

Aku jawab, "Adik akak yang sorang ni tengah nak makeover balkoni buruk dia tu dulu..." Aku berseloroh.

Aku hidup dalam denial. Sebenarnya. 

Dulu, aku percaya aku sudah bersedia untuk menjadi isteri orang. Dulu, aku pujuk hati kata yang kononnya aku memang sudah bersedia untuk ada tanggungjawab itu. Hakikatnya, aku masih hidup dalam denial.

Aku tidak bersedia. Tidak pernah bersedia.

Merchant's Lane, Petaling Street


12 Februari 2018
Kantor
Leave comment

Suapan Instagram sudah dikemaskini

Posting ringkas:
Suapan Instagram pada halaman ini: KLIK, sudah dikemaskini.
Terbahagi kepada empat bahagian - People | Places | Good Food | Random
Sebelum ini juga sama.

P.S Bakal menambah satu lagi pautan untuk koleksi gambar artwork. Bila aku rajin.

Sekian.
Leave comment

Menjadi manusia seni adalah seni

Menjadi manusia seni adalah menjadi manusia yang kuat berkhayal. Sedangkan melihat kipas berputar pun mampu membawa seseorang itu berdiri sampai ke bintang kosmik. Menjadi manusia seni adalah seperti seorang Razaisyam. Yang karyanya dijiwakan oleh hanya manusia-manusia berjiwa besar. Dan ditonton hanya oleh manusia-manusia yang faham seni dan suka berkhayal. Menjadi manusia seni adalah seperti menjadi Amerul Affendi. Basic, rare, dan sesuatu. Menjadi manusia seni adalah bukan pilihan. Menjadi manusia seni adalah menjadi manusia yang memahami seni. Dan seni itu tidak pernah tepat. Definasinya tidak bersifat malar. Ia berubah-ubah. 


Seni adalah sebuah kesunyian di dalam sebuah kebingitan. Seni adalah ketabrakan warna jingga dan biru yang melambai sang kekasih bernama senja. Seni adalah tumpahan kopi panas pada manuskrip penulis yang kecelaruan plot cerita. Seni adalah sekeping gambar yang tidak semestinya mengamalkan Rule of Thirds. Ada masa kita tidak berbicara tentang titik persilangan, tentang betapa linearnya objek kenampakan dan apakah ingin meletakkan horizon duduk di bawah atau di atas? Seni adalah buku-buku yang disusun tidak simetri dan tidak berjujukan tepat di atas rak besi buruk. Atau kalau tidak bernasib baik, mungkin ada buku-buku yang di celahan sofa kulit usang yang terkoyak dibucunya. Seni adalah kemalasan seorang manusia seni untuk berseni. Seni adalah sesuatu yang ajaibnya muncul ketika kau sedang berbaring di parquet rumahmu. Seni adalah menghargai sebuah penghargaan yang dihargai manusia tidak terharga nilainya. Seni adalah serakan bahasa yang sampai tetapi tidak sampai. 

Seni itu... tidak mudah. 
Dan tidak pernah tepat. 

Lalu, soalanku, apakah erti seni bagimu?


28 Disember 2017
Rumah kecil
Leave comment

Bagaimana Cara Menikmati Hari Libur - Bahagian 2

Menonton filem-filem romantik-cinta-komedi yang majoritinya dilakonkan oleh Anne Hathaway. Jarang-jarang berlaku mood seperti ini muncul kerana rata-ratanya aku lebih memilih filem-filem aksi. Oh ya, dan sambil mengetuk-ngetuk air Nescafe Latte yang dibekukan di dalam jug air dengan menggunakan sudu lalu terus disuap di mulut sebagai pengganti popcorn ketika menonton filem. Sementara menunggu bekalan air rumah disambungkan (nota: belum mandi dari pagi).

Pengakhiran yang indah.
Sekian.

(Nay... baru tengok filem romantik separuh jalan, dah tukar tengok Dunkirk heheh)


28 Disember 2017
Rumah kecil
Leave comment

Aku telah dilamar

Begini rupanya sebuah rasa apabila dilamar oleh dua pihak berbeza. Keinginan dan keutamaan telah menjadi sesuatu kekeliruan. Adakah keinginan untuk memihak yang lebih rapat itu bakal memberi markah bonus terhadap penilaian yang sedang berteka-teki? Atau, adakah keutamaan yang ada pada pihak yang satu lagi telah berjaya mengambil hati? Untuk tidak menjadi lalang yang mudah tunduk ke mana pun angin meniup, aku memberi ruang pada diri untuk berfikir.

Hampir 2 bulan. Sehingga sudah tidak tahu apa lagi yang perlu difikirkan. Dan jawapan masih tidak ada. Maka, aku berbuat keputusan supaya kedua-dua pihak berusaha mengikut cara masing-masing. Perhitungan yang ingin dibuat dalam memilih antara satu menjadi semakin kompleks apabila kedua-dua pihak sedang berada di par yang sama. Kedua-kedua mereka berusaha sepantas yang mungkin menginginkan aku untuk bersetuju ke atas lamaran masing-masing.

(Bersambung...)


23 November 2017
Kantor
Posted in | Leave comment

Cari

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.